Kg Baru: Pakatan bentangkan pelan alternatif

  • 9 years ago
Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa pegangan kaum Bumiputera ke atas tanah Kampung Baru di Kuala Lumpur akan dikekalkan melalui satu pelan pembangunan alternatif.

Pelan tersebut yang dibentangkan kepada pemilik tanah berkenaan hari ini dirancang dengan pembentukan satu tabung amanah untuk mentadbir tanah seluas kira-kira 300 ekar itu.

Sesi penerangan di Dewan Kelab Sultan Ismail, Kampung Baru itu dianjurkan oleh pejabat ahli parlimen Titiwangsa dan pejabat menteri besar Selangor.

Dalam ucapannya, Khalid menjelaskan bahawa tabung amanah berkenaan merupakan alternatif kepada cadangan kerajaan persekutuan untuk mewujudkan satu perbadanan untuk bagi memajukan tanah tersebut.

Khalid berkata, melalui rancangan alternatif itu, kesemua pemilik tanah akan diberikan unit saham mengikut keluasan tanah mereka.

Tanah itu juga dirancang supaya ditukar statusnya menjadi tanah komersil dengan pegangan bebas.

Dua bentuk saham akan ditawarkan, dan salah satunya diberikan mengikut keluasan tanah.

"Saya cadangkan supaya buat tabung amanah tapi sewa tanah dan geran dijadikan unit saham yang boleh dipecah-pecahkan.

"Kalau ada 10,000 kaki persegi contohnya, boleh jadi 10,000 unit saham.

"Saham tanah ini tidak boleh diurusniaga melainkan kepada orang Melayu sahaja. Jadi tanah di kawasan pembangunan baru ini dimiliki 100 peratus oleh orang Melayu sahaja," katanya

Bagi memberi pulangan kepada pemilik tanah, saham kedua akan diberikan, yang memberi pulangan melalui hasil sewa tanah tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata pembangunan hanya boleh dibuat sekiranya kesemua pemilik tanah sepakat dalam memajukannya mengikut kaedah tersebut.

Tambahnya, pembangunan berkenan boleh dijalankan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang akan menerajui projek pembangunan berkenaan.

Katanya, PKNS boleh memanggil firma tempatan dan antarabangsa untuk mengemukakan pelan pembangunan yang sesuai.

Katanya lagi, beliau mencadangkan

Recommended