Sultan: Jangan bodohkan rakyat dengan berita ‘sedap’

  • 9 years ago
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kepada kerajaan yang memerintah supaya jangan cuba memperbodohkan rakyat dengan berita dan maklumat yang hanya sedap didengar bagi menutup keadaan sebenar.

Pada ucapannya sempena sambutan ulang tahun ke-50 Rejimen Gerak Khas, Sultan Ibrahim mengakui sebagai raja, baginda tidak boleh mencampuri urusan politik, tetapi menurutnya sebagai raja yang bertanggungjawab, baginda mesti memastikan suasana kehidupan rakyat berada dalam keadaan yang baik, maju dan makmur.