Wartawan persoal sidang media BERSIH di hotel
  • 9 years ago
Seorang wartawan yang tidak dikenali mempersoalkan tindakan kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH yang mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Petaling Jaya dan mendesak sama ada ia berikutan kejayaan BERSIH mengumpul dana lebih RM2 juta.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata hotel digunakan kerana lokasi lazim sidang akhbar tidak dapat ditempah dan memberi jaminan bahawa segala perbelanjaan bagi menguruskan perhimpunan itu akan didedahkan.