Fitnah video seks: NGO gesa k'jaan ambil tindakan

  • 9 years ago
Sekumpulan wakil NGO mengancam untuk mengadakan perhimpunan lebih besar sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan segera ke atas individu yang didakwa bertanggungjawab menyebarkan fitnah berhubung rakaman video seks.

Selain itu, sekumpulan 30 orang yang berhimpun di Masjid Negara hari ini turut menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan peruntukan undang-undang Islam berhubung tuduhan zina dan liwat ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.