PAS: Runding semula dengan penduduk Kg Baru

  • 9 years ago
PAS menggesa kerajaan supaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang bakal dibaca buat kali kedua dalam sidang parlimen akan datang.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, kerajaan sepatutnya membuat rundingan semula dengan wakil penduduk yang membantah rang undang-undang berkenaan.

Salahuddin berkata, enam siri penerangan telah dijalankan bersama pemilik dan pewaris tanah kampung tradisi itu sejak Jun 2011 oleh Sekretariat Pembangunan Kampung Baru.

"Hasilnya, para pemilk dan pewaris tanah Kampung Baru faham kandungan RUU PPKB 2010 yang jelas cuba memanipulasi mereka.

"Justeru mereka bangkit menyatakan bantahan serangan terang dengan menaikkan kain rentang bantahan di rumah mereka," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Berita sepenuhnya: http://www.malaysiakini.com/news/176988

Jurukamera: Amir Abdullah

Penyunting: Tan Jiun Wuu

Recommended