Battleground GE13: Peluang terbaik untuk PR di Temerloh

  • 9 years ago
Kami menuju Bandar Temerloh untuk bertanyakan dari Sdr Nizam perihal dimana Pakatan Rakyat telah menyerahkan kawasan tersebut dari PKR kepada PAS dalam PRU 13 yang akan datang ini.

Ahmad Nizam Abdul Hamid merupakan pilihan Pakatan dalam PRU tahun 2008 dahulu yang mana beliau telah ditewaskan oleh calon BN, Saifuddin Abdullah dengan majoriti yang kecil iaitu sebanyak 2,441 undi sahaja.

Kali ini, pilihan Pakatan disudut hijau, ialah Nasruddin Hassan atau lebih dikenali sebagai Nasruddin Tantawi, pemimpin Pemuda PAS.

Di sudut biru pula, dan dianggap sebagai pilihan utama, ialah Saifuddin Abdullah timbalan menteri pengajian tinggi kerajaan sementara. Dianggap sebagai seorang yang lebih liberal, didapati terdapat tentangan dalaman untuk dipilih semula dan mungkin bukan pilihan lagi bagi menentang Nasruddin

Walaupun tidak dipilih lagi, Nizam akur dengan keputusan itu, dan beriltizam untuk menentukan kemenangan Pakatan di Temerloh.