Pilihanraya PBT di Selangor tahun depan?

  • 9 years ago
Exco negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata kerajaan Selangor kini sedang menyediakan rang undang-undang untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan di negeri tersebut. Sekiranya diluluskan, pemilihan pihak berkuasa tempatan (PBT) dijangka boleh mula diadakan di negeri Selangor pada tahun depan. Beliau juga bercadang untuk menetapkan peraturan-peraturan pemilihan supaya calon-calon bertanding secara berkumpulan seramai tiga orang, di mana setiap pasukan calon mesti didirikan daripada sekurang-kurangnya dua kaum. Ini adalah untuk memastikan supaya calon Melayu tidak dipinggirkan di pemilihan PBT kawasan-kawasan bandar seperti Petaling Jaya dan Subang. Beliau berkata sedemikian di forum terbuka yang bertajuk 'Bilakah Pilihanraya Kerajaan Tempatan ' telah anjuran Pemuda KLSCAH(Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor) pada malam Khamis lalu.

Category

📺
TV

Recommended