Hutang negara cecah RM529.6 bilion tapi k'jaan kata terkawal

  • 9 years ago
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kadar hutang negara telah meningkat kepada 53.6 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir September tahun ini.

Namun, menurutnya, hutang negara yang berjumlah RM529.6 bilion, adalah satu angka yang masih lagi dalam keadaan terkawal.

Jun lalu, hutang negara adalah sebanyak RM519 bilion, satu jumlah yang mewakili nisbah sebanyak 53 peratus daripada KDNK, umum kerajaan di Parlimen pada masa itu.