Shamsul marah PM tak tegas isu intipan 3 negara, termasuk Singapura

  • 9 years ago
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata berbeza dengan Indonesia yang menghantar pulang duta-duta yang didakwa mengintip negara itu, Malaysia bukan sahaja memilih mendiamkan diri tetapi juga tidak berani mengeluarkan kenyataan yang keras.

Katanya, selain kesal beliau juga marah kerana Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri tidak mengambil ketetapan tegas apabila kedaulatan negara dicabar.