45,550 disenarai hitam mula bayar pinjaman PTPTN

  • 9 years ago
Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa setakat 31 Oktober lalu, seramai lebih 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenarai-hitamkan oleh pihak imigresen Malaysia.

Timbalan Menteri Pelajaran Mary Yap berkata daripada jumlah itu, 45,550 telah tampil untuk berunding dan membuat sebahagian bayaran.