'Selepas ini kayalah YB dengan duit derma'

  • 9 years ago
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menyindir wang derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berucap pada mesyuarat agung tahunan Umno Kemaman, dalam nada memperli katanya, selepas ini wakil rakyat akan menjadi kaya-raya kerana lebih selamat memasukkan wang derma ke akaun peribadi daripada akaun parti.

Category

📺
TV

Recommended