Culaan: Kenaikan kos hidup akan pengaruhi keputusan Kajang

  • 9 years ago
Culaan terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac ini bakal dijadikan sebagai pungutan suara bagi rakyat yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Kajian membabitkan 576 pengundi itu mendapati 69 peratus responden berkata akibat tekanan kos hidup yang meningkat, mereka akan menyokong PKR.