PERKASA mahu tubuh suara alternatif bagi NUCC

  • 9 years ago
Pertubuhan pendesak Melayu PERKASA akan menubuhkan Front Perpaduan Nasional sebagai alternatif kepada Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (NUCC) yang didakwanya kurang efektif.

Pada sidang medianya, Pengerusi Biro Perhubungan Awam dan Perpaduan PERKASA, Datuk Mat Rabi Abu Samah berkata front perpaduan nasional itu adalah suara dari akar umbi bagi mencapai perpaduan nasional.