"Kita akan cari selama mungkin hingga jumpa MH370''

  • 9 years ago
Tiada petanda baharu mengenai kehilangan pesawat MH370 Sabtu lalu, ditemui setakat tengah hari ini, walaupun 24 pesawat dan 40 kapal sedang giat mencari.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya akan mencari selama mungkin hingga menjumpai pesawat malang berkenaan.

Menurutnya, usaha mengesan di Laut China Selatan dan Selat Melaka sejak Sabtu lalu gagal menemui sebarang serpihan pesawat.

Recommended