'Tiada niat buruk, Balotelli'

  • 9 years ago
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menjelaskan bahawa tiada niat buruk apabila menjadikan pemain bola sepak terkenal Mario Balotelli sebagai contoh ketika menjelaskan isu sekitar identiti pengguna pasport curi dalam menyiasat kehilangan pesawat MH370.

Dalam kenyataan medianya, Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abd Rahman berkata beliau tidak mempunyai sebarang niat tidak baik terhadap peribadi pemain AC Milan itu.

Recommended