'BN gagal tunai janji PRU-13 bina SJK Cina Kajang 2'

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mendakwa kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunaikan janji pilihan raya umum ke-13 iaitu untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kajang 2.

Menurut pemimpin DAP ini, setakat hari ini, Kementerian Pendidikan masih belum mengemukakan sebarang pelan pembinaan sekolah berkenaan kepada Majlis Perbandaran Kajang, walaupun telah memperolehi sebidang tanah, tahun lalu.