Pesawat SAR kesan palet kayu, tali pinggang di Lautan Hindi

KiniTV

oleh KiniTV

13 tontonan
Sebuah pesawat yang terbabit dalam misi mencari kapalterbang Malaysian Airlines (MAS) penerbangan MH370 mengesan palet kayu bersama tali pinggang atau pengikat di kawasan terpencil di Lautan Hindi.

Objek itu dikesan oleh pesawat awam yang membantu dalam misi berkenaan.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkannya sebagai "visual pertama dilihat dalam carian setakat ini".