Taklimat MH370 batal kerana pembangkang tak hantar nota

  • 9 years ago
Kegagalan pembangkang menghantar nota pengesahan kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah punca taklimat yang dijadualkan malam ini dibatalkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurutnya, beliau telah berhubungan dengan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang pada minggu lalu supaya menghantar nota lebih awal kerana Hishammuddin mempunyai jadual yang ketat.

Recommended