Pasukan 'Masa Depan Bersama' - Izzah enggan ulas

  • 9 years ago
Susulan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu melihat terdapat 'pasukan' dalam pemilihan parti itu, penyandang Naib Presiden Nurul Izzah Anwar enggan mengulas.

Katanya, ulasannya mungkin disalah-tafsirkan oleh sesetengah pihak.Beliau bagaimanapun berkata, akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara berkenaan.

Minggu lalu, Nurul Izzah bersama Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution membentuk pasukan 'Masa Depan Bersama' yang disifatkan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai perkara yang tidak menyihatkan untuk masa depan parti.