MB: Air Selangor hanya bertahan 29 hari lagi

  • 9 years ago
Walaupun hujan lebat sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Lembah Kelang semalam, kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan bahawa air yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari jika catuan tidak dilakukan.

Dalam kenyataan medianya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata buat masa sekarang, catuan terpaksa diteruskan kerana paras air di empangan utama iaitu Empangan Sungai Selangor masih di bawah kritikal.

Menurutnya, beliau amat berharap rakyat memahami situasi ini dan menyokong usaha kerajaan negeri dalam menghadapi persediaan menghadapi musim kering yang dijangka lebih teruk dan berlanjutan.

Recommended