Dr M: Surat 'hudud' kepada Nik Aziz berasaskan Islam

  • 9 years ago
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pada 1994 telah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya tidak meneruskan hukum hudud PAS di Kelantan berdasarkan ajaran Islam.

Katanya, dalam Islam, faktor keadilan diutamakan, tetapi jika terdapat dua jenis undang-undang iaitu kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, ini adalah tidak adil.