MUBARAK: Ibu Dyana boleh doa, tak boleh sokong secara fizikal

  • 9 years ago
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman mahu Jawatankuasa Disiplin Umno bertindak ke atas Yammy Samat kerana menyokong dan membantu anaknya Dyana Sofya Mohd Daud, yang bertanding sebagai calon DAP pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Ketika dihubungi KiniTV, Abdul Aziz berkata, Yammy tidak sepatutnya mencampur-adukkan urusan keluarga dan politik memandangkan kedua-dua beranak itu mempunyai ideologi yang berbeza.