Telur, kung fu melayang di pejabat DAP Kuantan

  • 9 years ago
Selepas ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam menjadi sasaran ahli Umno, hari ini giliran pejabat parti itu di Kuantan pula diserang oleh sekumpulan lelaki yang identiti mereka setakat ini belum jelas.

Namun berdasarkan kain rentang yang dipamer dan jaket yang dipakai menggambarkan kumpulan itu adalah aktivis NGO dan ahli Pemuda Umno Bentong.