Ram: Bukit Gelugor hadiah untuk mendiang bapa

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang baru, Ramkarpal Singh menghadiahkan kemenangannya mengekalkan kerusi DAP itu buat mendiang bapanya, Karpal Singh.

Ramkarpal pada sidang media selepas keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan lewat malam ini juga menyampaikan penghargaan kepada ibunya Gurmit Kaur dan juga adik beradiknya, Jagdeep, Gobind, Mankarpal dan Sangeet atas sokongan mereka.