Arab Saudi hanya beri 38 syarikat kendali visa umrah

  • 9 years ago
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa hanya 38 syarikat pelancongan yang diberikan kebenaran oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengendalikan pakej untuk menunaikan umrah.

Menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan), Nazri menjelaskan nama semua 38 syarikat berkenaan dipamerkan di laman web kementeriannya dan meminta orang ramai tidak berurusan dengan syarikat yang tidak disenariakan itu.

Recommended