Exco sedia minum air lombong bagi buktikan ia selamat

  • 9 years ago
Exco Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi bersedia menerima cabaran meminum air kolam dari lombong bagi membuktikan ia selamat untuk kegunaan harian.

Ketika ditemui di lobi DUN Selangor, kata beliau, pihaknya akan menguruskan demonstrasi meminum air dari tasik lombong untuk memberi keyakinan kepada orang ramai.

Sebelum itu, beliau memberitau DUN Selangor bahawa air dari tasik lombong yang ingin digunakan kerajaan Selangor bagi menyelesaikan masalah kekurangan air di negeri itu selamat untuk diguna.

Recommended