Dakwa Abdullah Zaik hina Melayu, kata isteri

  • 9 years ago
Isteri Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Nor Saleha Mohd Salleh menyifatkan suaminya Abdullah Zaik Abdul Rahman yang didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 sebagai simbol perjuangan bangsa Melayu.

Nor Saleha, yang juga adalah ketua wanita ISMA menyifatkan dakwaan terhadap Abdullah sebagai satu tindakan menghina bangsa Melayu kerana suaminya hanya memperjuangkan maruah mereka.