PKR: Surat buktikan menteri terbabit dalam pinjaman Deepak

  • 9 years ago
PKR hari ini mengemukakan bukti bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, 13 dokumen yang diperolehinya menunjukkan bahawa Datuk Seri Hassan Malek mendapat layanan istimewa daripada Bank Rakyat.