MH17: Saya terpaksa ambil keputusan berisiko, kata Najib

  • 9 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau terpaksa mengambil keputusan berisiko demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi ketika mengadakan rundingan dengan ketua pemisah pro-Russia, Alexander Borodai, kelmarin.

Ketika membentangkan usul khas mengenai MH17, katanya, tidak semua tindakan perlu dihebahkan.