Najib: Mayat mangsa tak sempat dibawa sebelum Aidilfitri

  • 9 years ago
Mayat warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 berkemungkinan tidak dapat dibawa balik sebelum Aidilfitri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata demikian selepas menandatangani buku takziah mangsa MH17 di Kedutaan Belanda. Turut hadir ialah Duta Belanda ke Malaysia Harry Molenaar dan isterinya Dr Loes Nas.