'Nafi remaja Sabah kena tetak boleh malukan pemimpin'

  • 9 years ago
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) mahu pihak berkuasa dan pemimpin negara ini menjelaskan kesahihan laporan bahawa sekumpulan remaja Melayu dari Sabah ditetak oleh sekumpulan samseng pada 31 Julai lalu di Klang.

Pada sidang akhbarnya, Setiausaha Kerja-kerja Khas MJMM Sharifah Zubaidah Syed Hassan Alyahya berkata, adalah pelik pemimpin, khususnya di Semenanjung menafikan kejadian itu sedangkan insiden berkenaan dimuatkan di Facebook.

Recommended