Cara selesai hutang RM66j punca PKR tukar MB

  • 9 years ago
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana masalah "keraguan integriti" susulan isu penyelesaian hutang beliau dengan sebuah bank.

Saifuddin mendakwa beberapa urusan perniagaan melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Khalid.

Selain itu Saifuddin mendakwa, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.

Recommended