Zuraida ingatkan Khalid: Buat parti sendiri, jadi MB sendiri

  • 9 years ago
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada ceramahnya di Seksyen 19 Shah Alam, malam semalam mengingatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat dari PKR supaya menubuhkan parti baru jika ingin terus menjadi menteri besar.

Sambil membidas Khalid kerana bersikap sombong, beliau mendedahkan satu persatu kesalahan Khalid sepanjang pentadbiran negeri dari masalah jalan berlubang dan sampah sehingga dakwaan beliau bekerjasama dengan tokoh yang rapat dengan Umno untuk menyelesaikan masalah peribadinya.