Anwar dakwa Anifah sedia 'lompat' pada 2008

  • 9 years ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman sedia menyertainya untuk menjatuhkan kerajaan BN pada 2008 .

Memberi keterangan dalam samannya terhadap Anifah, Anwar memberitahu mahkamah bahawa pemimpin Umno Sabah itu tidak berpuas hati dengan perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak menjadikannya menteri penuh.