Orang Asal berhimpun, desak henti bina empangan mega

  • 9 years ago
Lebih seratus Orang Asal, perwakilan pertubuhan hak asasi manusia dan pejuang alam sekitar dari seluruh negara hari ini mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunan KLCC bagi mendesak supaya pembinaan empangan mega dihentikan.

Himpunan sempena persidangan Minggu Tenaga ASEAN itu juga mendesak firma dan wakil kerajaan supaya tidak lagi melabur dalam projek empangan mega yang banyak telah memusnahkan alam sekitar serta menjejaskan kehidupan Orang Asal.

Peserta akhirnya bersurai selepas wakil Sarawak Energy Berhad (SEB)yang menaja persidangan itu menerima memorandum bantahan mereka.