Mat Sabu gesa ulama keluar dari 'retorik bosan'

  • 9 years ago
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa kumpulan Islamis dalam parti itu untuk “mereformasi” dan “menaik taraf” diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan. Katanya, PAS harus melaksanakan apa yang diperkatakan dan tidak harus membenarkan kebangkitan tokoh sekular "Kamal Attaturk" bangkit kerana rakyat sudah mula bosan dengan retorik atas nama Islam, seperti yang berlaku di Turki.