Abu Sayyaf tuntut hentikan serangan IS, ugut bunuh tebusan

  • 9 years ago
Kumpulan militan yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda di Filipina mengancam untuk membunuh dua tebusan warga Jerman jika negara itu tidak menghentikan sokongan terhadap operasi ketenteraan Amerika Syarikat ke atas anggota militan Negara Islam (IS).

Pegawai Keselamatan Filipina dalam kenyataan berkata, berdasarkan laporan risikan, kumpulan Abu Sayyaf itu turut menuntut wang tebusan sebanyak RM 18.2 juta.