Flashmob desak aktivis kritik sultan dibebaskan

  • 9 years ago
Badan kehakiman diselar kerana tidak menghentikan tindakan kerajaan daripada dakwaan “menghukum” aktivis Ali Abd Jalil dengan tangkapan berulang kali.

Ali ditahan untuk kali keempat Jumaat lalu selepas dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas polis memperoleh tambahan reman tiga hari.

Sehubungan itu juga sebuah flashmob diadakan di Masjid Jamek, Kuala Lumpur petang semalam, bagi mendesak pembebasan Ali yang berdepan pertuduhan mengkritik sultan.