Nik Aziz: Pakatan, bukan PAS tewas di Pgkl Kubor

  • 9 years ago
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengingatkan semua pihak bahawa Wan Rosdi Wan Ibrahim yang tewas pada pilihan raya kecil di DUN Pengkalan Kubor baru-baru ini mewakili Pakatan Rakyat.

Pada wawancaranya di Kelantantv, katanya, calon itu diterima semua pemimpin Pakatan dan seterusnya, partinya bersama DAP dan PKR akan terus melawan BN.