Tarik panel pelaburan LHDN, rakyat menang, kata MP PKR

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen menganggap keputusan kerajaan yang mahu meminda Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan tidak mengandungi cadangan mewujudkan panel pelaburan sebagai kemenangan kepada rakyat.

Katanya, beliau amat gembira dengan keputusan berkenaan kerana sebelum ini jika rang undang-undang itu jika diluluskan, menteri kewangan mempunyai kuasa untuk menggunakan kutipan cukai tahunan sebanyak RM140 bilion sewenang-wenangnya.