Bakar Bible bagi pertahan Islam: Anwar selar Umno

  • 9 years ago
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan tidak mendakwa Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung ancamannya untuk membakar Bible bahasa Melayu kerana beliau "hanya mempertahankan kesucian agama Islam".

Katanya, ajaran Islam tidak membenarkan perbuatan mengancam dan menindas agama lain dan keputusan kerajaan hanya mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab BN dan Umno.