Pakatan: Dedahkan ketua Umno yang arahkan AG, IGP!

  • 9 years ago
Pakatan Rakyat mahu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan nama semua ketua Umno bahagian yang hadir pada mesyuarat tertutup pada 14 Ogos lalu yang turut disertai bersama oleh Ketua Polis Negara .

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata AG perlu menjelaskan sama ada mesyuarat berkenaan mengarahkan beliau dan Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya bertindak mengheret pemimpin pembangkang, ahli akademik, aktivis dan wartawan mengikut Akta Hasuatan 1948.

Recommended