Muhyiddin mahu semua kaum semai semangat 'lita arafu'

  • 9 years ago
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ucapan perasmian Kongres dan Pameran Warisan Melayu Kebangsaan hari ini mengingatkan kepada semua kaum di negara ini supaya memahami serta mengamalkan semangat 'lita arafu'.

Katanya, semangat yang bermaksud perlu-memerlukan itu penting supaya pelbagai kaum lebih mengenali satu sama lain dan hidup dengan lebih makmur bukan sahaja pada masa sekarang, tetapi juga pada masa akan datang.

Category

📺
TV

Recommended