Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Ku Nan

  • 9 years ago
Pemuda PAS hari ini membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kerana membuat kenyataan bahawa PAS adalah parti yang membawa ajaran sesat.

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur, hari ini, Ketua Dewan Pemuda PAS, Khairil Nizam berkata Tengku Adnan menfitnah PAS dan mencemarkan nama baik parti itu semasa ucapannya di Multaqa Biro Agama Umno pada 2 November lalu.