Ujian Doping: BWF gantung Chong Wei sementara

  • 9 years ago
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengesahkan, pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei digantung sementara kerana gagal ujian dadah.
Menurut BWF, perkara itu diputuskan berdasarkan hasil analisis sample urin pemain tersebut yang diambil semasa Kejohanan Badminton Dunia BWF pada Ogos lalu
Perkara tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF, dan pengerusi panel berkenaan akan menetapkan waktu, tarikh serta lokasi perbicaraan akan dijalankan.