KTMB setuju ambil semula 96 pekerja yang dipecat

  • 9 years ago
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini bersetuju mengembalikan semula kerja kepada 96 pekerja yang diberhentikan termasuk mereka yang diberikan surat amaran sebelum ini dengan syarat mereka perlu menandatangani satu memorandum persefahaman terlebih dahulu..

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Datuk Nawawi Ahmad, setakat ini, seramai lima kakitangan telah dipulihkan semula ke jawatan asal dan memulakan tugas mereka pada 18 November lalu.

Sebelum ini, seramai 97 kakitangan dipecatkan kerana menyertai piket bagi mendesak Presiden KTMB Datuk Elias Kadir melepaskan jawatan yang disandangnya.

Recommended