Anwar: Najib mungkiri janji, tunduk kepada pelampau

  • 9 years ago
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan (1948)kerana tunduk kepada kumpulan berhaluan kanan dan juga pelampau.

Katanya, Najib mahu mengekalkan undang-undang lapuk zaman penjajah itu supaya boleh berterusan menekan pembangkang dan aktivis serta mengekang kebebasan.