PAS: Tak betul ‘Melayu sepakat, Islam berdaulat’

  • 9 years ago
ADUN Bangi Mohd Shafie Ngah mahu kerajaan negeri Selangor membina sebuah masjid bercirikan Cina kerana negeri itu mempunyai ramai bangsa Cina yang menganuti agama Islam.

Katanya, pembinaan masjid itu bakal memecahkan stigma atau kefahaman bahawa Islam adalah milik Melayu dan kata-kata bahawa ‘Melayu sepakat, Islam berdaulat’ yang nyata tidak betul.

Sebaliknya, katanya, jika Islam berdaulat, semua selamat termasuk bangsa lain dan juga binatang.

Recommended