Menteri ingatkan ISMA: Tiada tempat untuk pentaksub agama

  • 9 years ago
Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan hari ini membidas Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan memberi amaran bahawa tiada tempat untuk mereka yang taksub kepada agama di negara ini.

Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, ahli parlimen Kota Belud ini meluahkan rasa tidak setujunya dengan dengan menulis beberapa tweet sinis terhadap ISMA.