NGO mahu himpun 20,000 Melayu, minta Najib hadir

  • 9 years ago
Sebuah NGO merancang menghimpunkan seramai 20,000 orang Melayu di ibu negara bagi “mengembalikan kekuatan” bangsa itu.

Mengambil semangat perhimpunan besar kumpulan-kumpulan Melayu seluruh Tanah Melayu pada 1946, penganjurnya Majlis Perundangan Melayu (MPM) mensasarkan kehadiran pelbagai NGO dan parti politik Melayu.

Malah, mereka berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut hadir dalam perhimpunan yang dinamakan sebagai gerakan ' Renaisans Melayu'.